Tuesday, 26 June 2012

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Tertubuhnya blog ini adalah untuk menyenaraikan kebaikan dan produk-produk yang ditawarkan oleh TROPIKA yang menghasilkan minyak kelapa dara dalam pelbagai bentuk, khasiat dan wangian. Blog ini juga diharapkan akan menjadi sumber kepada anda semua untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk yang ditawarkan oleh kami.

Sedikit mengenai diri saya. Nama saya Puan Sharifah dan mempunyai sepasang cahaya mata, seorang putera berumur 3 tahun dan seorang puteri yang baharu berumur 5 bulan; dan bekerja dari rumah. Berkelulusan dari jurusan pengkomputeran dan dengan semangat yang tinggi untuk membesarkan anak sendiri, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dari sebuah syarikat swasta. Pada bulan Mei yang lepas saya telah dilantik sebagai pengedar yang sah oleh TROPICA BEAUTY Sdn Bhd (913440-M) yang bertapak di Batu Caves, Selangor dan dinaiktaraf sebagai sub-stokist pada bulan Jun ini. Alhamdulillah. 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk, tempahan dan juga penghantaran, boleh menghubungi saya secara sms / call di talian 012 217 0224. Anda juga LIKE page saya Minyak Kelapa Dara Tropika di Facebook. 

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini. Saya mengakhiri posting pertama ini dengan sebuah artikel yang pernah diterbitkan oleh majalah Pa & Ma.